Ke Miri, Serawak
25 hb 12 2009, kami berangkat ke airport Pengkalan Chepa pada pukul 11 pagi dari Machang, yek sembahyang Jumaat bersama ahli keluarga pengiring di Masjig parang Puting. Selepas solat lebih kurang 2.30 ptg yek dan aweks masuk ke balai berlepas. Pukul 3.00 petang kapal terbang AIR ASIA ke LCCT pun berlepas. Yek terperasaan aweks yek mengalir air mata. Hampeh aweks ni.
Sampai di LCCT, aweks membawa yek ke food court di terminal tambang murah tur. Maklum ler yek mana tau tempat-tempat pelik gini. Yek kan dari hutan Banun.
Semasa kami makan melintas YB Zulkefli Mamat Adun Pulau Chondong bersama keluarganya yang baru pulang dari Bangkok. Kami pun bersalaman dan bertegur sapa.
Selesai makan nasi ayam dan air milo, kami terus menunggu bas untuk ke KLIA. tambang cukup murah iaitu RM4 untuk 2 orang. Lain kali tak payah ler pengujung blog ni naik teksi dari LCCT ke KLIA sebab tambang RM40.
Di KLIA, kami banyak merewang ke sana ke sini sebab flight kami pada pukul 8.45 malam kerana delay.
Kami sampai ke Airport Miri pada pukul 11 malam. Untuk sampai ke rumah di Taman Tunku kami terpaksa menunggu lama kerana teksi tiada, Akhirnya kami mendapat teksi pada pukul 11.45 malam.
Keesokkan harinya kami menggunakan kereta Myvi Rospa dan yek pun merancang program untuk ke Kampung Bungai untuk melihat sekolah. Kami bertolak ke sana lebih kurang pukul 10.00 pagi selepas membuat persiapan untuk berkelah di pantai Bungai.
Yek merasa terpegun dengan kemewahan sekolah yek hahahahahahahahahaha
Jalan utama Miri ke Bintulu
SK Kg Bungai
Berkelah di Pantai Bungai