Saturday, January 9, 2010

URUSAN PERTUKARAN DI JPN PERAK

Waktu cuti bulan 12 selepas seminggu majlis menyambut menantu di Machang, yek membawa orang baru ke Perak bagi menguruskan proses perpindahan dari Perak ke Sarawak di JPN Perak. Dalam proses tersebut, yek berjaya menguruskan karga kenderaan dan barang, waran tiket sehala ke Miri dan tuntutan perjalanan/loging/5 hari sebelum dan 3 hari selepas. Tuntutan ini yek hanya dapat RM800 jer sebab yek hanya layak tuntut perjalanan kerana yek dah minta kargo. Kesemua tuntuan ini layak sekiranya tertulis layak di surat arahan pertukaran.
Selepas proses ini berjaya, yek membuat bebrapa program untuk aweks yek ni... huhuhhuhaaaa

Puncak Titiwangsa


Bergambar di Pra Sekolah SK RPS Banun




Sepagi di Majestic hotel. Takut, macm berantu jer hotel ni... nak tidur tak lena. balasan bagi orang kedekut nak jimat......huhuuu


Sepetang di Zoo Taiping













Perjalanan pulang ke Kelate. Singgah di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar dan pusing2 di pekan Kuala Kangsar untuk shopping kain.

KU KEHILANGAN CINTA 3 DIMENSI

Selamat tinggal SK RPS BANUN, selamat tinggal murid-murid yang ku sayang, maaf segalanya jika yek terkasar dengan kamu, yek halalkan semua apa yang bagi, yek juga mohon kamu semua halalkan semua jika yek termakan terminum sengaja atau memang sengaja ketika di kantin asrama. Tapi yek makan yang lebihan kamu je.... kalau yek dengan cikgu2 lain tak makan nanti anjing dengan kucing pi curi makan jadi yek makan la.....
Yek kecewa dengan keputusan UPSR tahun 6, sepatutnya Ajuna dan Zapina dapat score untuk lulus semua subjek tapi kamu berdua terkantoi Bahasa Inggeris, yek cukup kecewa kerana hampir setahun yek jaga kamu siang dan malam walaupun kadang-yek jadi malas dan tertidur.... yek bukan malas tapi yek letih, badan yek dah tak bermaya asyik duk halau kamu kat asrama, malam ulak duk mengamuk suruh solat kat surau, pagi plak kadang2 yek kejut kamu bangun, yek cakap ni apa yang yek dah buat kat kamu, tentang orang lain biar org lain jer cakap apa yang dia dah buat kat kamu.....
Yek tahu kadang2 kamu seperti Tampang, murid2 asrama perempun tahun 6 kadang2 membenci yek sebab yek terlalu memaksa kamu. Yek suruh kamu solat, yek suruh kamu mandi sebelum maghrib, yek suruh kamu berhenti main sebelum pukul 6.30, yek suruh kamu ngaji I'raq, yek suruh kamu belajar, yek tak bagi kamu tengok tv, semua yek tak bagi jadi kamu benci yek.... buat keras kepala menyebabkan yek naik tangan, mulut....
Yek tahu... Yek tak pandai nak biarkan kamu main sampai malam, yek tak pandai membiarkan kamu solat, yek tak pandai nak ajar kamu main bola, yek tak pandai nak ajar main sepak takraw, yek tak pandai nak biar kamu tak ngaji quran, baca dan menulis, yek tak pandai nak ajar kamu berjoget, menari dan menyanyi.... yek hanya pandai kamu nyanyi lagu nasyid tapi tak pandai nak ajar kamu nyanyi lagu dandut yang kamu suka......
Yek sedar yek banyak kelemahan semasa berdamping dengan kamu......
Kamu ingat lagi tak cikgu Sani..... sepanjang dia berdamping dengan kamu, cikgu lihat banyak ilmu yang dia ajar pada kamu. Ilmu mengenal ALLAH, tolong guru, baca buku, kemas bilik, senaman, baca doa. Kamu tahu tak separuh gaji bulanannya habis untuk menceriakan bilik PRA SEKOLAH. Saat dia meninggalkan SK RPS Banun, dia menitis air mata, diperli lawan-kawan sendiri....
Yek sedar itu adalah kepincangan dan yek mengambil keputusan untuk berkahwin dan meninggalkan Banun yang yek sayang ini.... Yek dah tak sanggup lihat kamu dikelirukan dalam hidup kamu sendiri. Yek lemah iman.. jadi yek undur diri yek.....

Sebelum yek mengakhiri catatan yek di Banun sekali lagi yek mohon maaf atas kesilapan yek kadang2 meninggi suara pada GB. yek tahu tapi kadang2 yek tertunjuk kepongahan yek..... yek tak suka menipu diri yek dengan mennganguk saja apa yang orang kata untuk jaga hati.... yek tak gitu.... yek cakap jer terus walapun ada orang terasa hati...
Terima kasih cikgu Wan, Cikgu Zaini, Ustaz Ibrahim, Ustaz Jihad, Cikgu Darus, Tahniah Cikgu Fadzleen dan Cik Yus kerana dapat bertukar ke tempat yang diingini. Terima kasih kat Ustazah Ina dan cikgu2 banun lain kerana membantu sepanjang berada di sini, Tahniah kepada guru2 praktikum kerana berjaya dipostingkan.
Terima kasih kepada penduduk kg Banun, Rabe, Damai, Permai kerana banyak memberi peluang yek mengenali kamu dan membantu yek.....
Terima kasih juga kapada JHEOA kerana membawa yek menjelajah ke Kg Pulau Tujuh, Semelor, Tarbus Chiong dan lain2 kampung menaiki bot dan defender...
Terima kasih kepada Guru Besar memberi peluang yek memegang jawatan berbentuk akademik sepanjang yek berada di sini.
Sekian terima kasih. Patah tumbuh hilang berganti.

BATUAN KENANGAN
Batuan yang tidak dipedulikan,
kamu, yek ambil sebagai kenangan,
bila yek lihat kamu,
yek ingat pada raut masyarakatnya,
jika yek lihat ikan di akuarium,
yek ingat pada midah,
yek ingat pada raut wajah masyarakat kg banun,
pada Dalong, pada seloroi, pada cg shahar,
pada murid2 tahun 6,
yang banyak menolong yek tangkap ikan,
walau jenuh mengumpul ikan,
yek bangga dapat menyimpan khazanah ini,
batuan yang buruk ini juga,
yek jadikannya kolam,
batuan ini juga menjadi penghias sangkar burung,
yek rindu pada kamu bila terlihat batuan ini.........
ohhhhhhhhhhhhhhhhh




SELAMAT TINGGAL ZAMAN BUJANG

27-11-2009 yek selamat bernikah huhuuuuuuu
ini gambarnya:

UPACARA AKAD NIKAH DI MASJID CUCUH PUTERI A (MALAM RAYA HAJI KEDUA)







MAJLIS MAKAN PERKAHWINAN DI RUMAH PEREMPUAN
















Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammed Side A 1

Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammad SIde A 2

CIKGU KIMIN di Bungai ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO