Monday, May 12, 2008

Di mana Rushdan

Pagi semalam cg kimin bertemu dengan Cg Nik di Jaya Jusco Ipoh. Rupanya cg nik membawa wakil pasukan hoki (4 orang telah dipilih) Hulu Perak untuk pemilihan negeri. Salah seorang daripadanya ialah Rushdan murid tahun Sk. Kerunai. Latihan diadakan di padang Taman DR. Malam itu cg kimin berkesempatan untuk mencari Rushdan di hotel Fair Park berhampiran Stadium Ipoh. Mencari la ke hulu ke hilir mencari bilik Rushdan. Tetapi tak jumpa. Akhirnya terjumpa dengan pelajar lain dan mereka menunjukkan di mana bilik Rushdan. Rupa-rupanya Rushdan ni pemain hoki yang popular dikalangan mereka. Setelah ditunjukkan arah bilik Rushdan, cg kimin terus mengetuk pintu. Malangnya tiada sahutan daripada penghuni blik tersebut. Pintu dikunci dari dalam. "Tidur gamaknya budak ni"... pada masa yang sama cg kimin diberitahu oleh ustaz yang turut menghantar pasukan hoki perempuan bahawa Rushdan mungkin keletihan kerana petang tadi pemain hoki menjalani latihan kecergasan. Setelah mendapat penjelasan daripada ustaz terbabit, cg kimin berlalu pergi....
P/S : Sedang sembang-sembang dengan cg nik, cg pejol dan hondanya plak menelefon cg kimin yang dia sekeluarga berada di Jaya Jasco. Kami menghabiskan masa hujung minggu dengan mendengar taklimat google adsanse dari sir pejol yang membakar-bakar... teruskan usaha nanti kami follow bakal jutawan ni..... cg nik tersenyum simpul hihihiiii manga... manga....

Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammed Side A 1

Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammad SIde A 2

CIKGU KIMIN di Bungai ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO