Taklimat Umrah Kembara Sufi 2009
Hari ini 18.03.2009 di PUPUK Machang, Ustaz Erwan Syah Bin Abdul Hameed dari Kajang datang ke Machang untuk memberi taklimat kepada peserta Umrah Kembara Sufi 2009. Umrah tersebut akan bermula pada 6 Jun 2009 hingga 20 Jun 2009. Nampak gaya kena apply cuti kali ini.
Kami di beri buku panduan umrah. Selepas ini beg dan kain ihram akan diberi gak. Mungkin penghujung bulan 4 ini. Esok nak pi buat passport antarabangsa. Perbelanjaan pada awalnya RM1000, tetapi terpaksa ditambah RM500 lagi. Nasib baik main kutu bleh tampung. Pasal makan minum di sana nanti tawakal jer la. Yang penting dapat pi.
Jadual penerbangan
-6.6.2009 - Bertolak dari KLIA mungkin akan pi umah kak pah 2 hari awal kat Shah Alam.
- Lebih kurang kul 1600 kami sampai ke Karachi (Pakistan) menunggu 2 jam.
- Hari yang sama kami akan sampai ke Jeddah. uduk banyak hari gak di Madinah.
- Di Madinah nanti kami akan di bawa ke Masjid Nabi, Makam Nabi, Makan Saidina Hamzah, melawat kebun kurma, minum air tebu yang paling manis. Yang penting kami mesti beribadat. Itu keutamaan program ini.
- Selepas beberapa hari di Madinah barulah kami akan berangkat ke Mekah untuk melaksananakan ibdat Umrah.
Doa-doakanlah kami........