Friday, November 6, 2009

3 Bulan berlalu tanpa entry

masa berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa catatan dari yek... tapi kini yek kembali mencatat entri-entri yang dahulu banya yek tinggalkan.

September 2009

1. Menjelajah kampung mencari calon peperiksaan UPSR.

Ini aktiviti terakhir yek sebagai Setiausaha Peperiksaan RPS Banun untuk sesi 2009. Mencari, memujuk dan memberi harapan kepada ibubapa dan calon UPSR supaya hadir untuk peperiksaan. harapan tinggi supaya kelak murid-murid ini mempunyai harapan kelak. banyak dugaan yang berlaku. hari pertama pergi tayar motor pancit. Terpaksa ditunda aktiviti tersebut keesokkan harinya. Untuk menaikkan semangat budak-budak ini yek membuat tag nama sebagai lesen layak menduduki peperiksaan. Sekiranya lesen ini telah diterima maka murid tersebut wajib hadir. Sekiranya tidak hadir polis akan cari mereka. yek provok mereka hahahahahahahha. depa rasa takut gak sekali dengan mak bapaknya.... kwang kwang kwang..







2. Memujuk

Tanpa sedar, yek terpaksa memujuk calon-calon UPSR ni dengan aktiviti-aktiviti waktu petang supaya mereka lupa pada kampung mereka buat sementara waktu. Tujuan yek buat begini supaya bilangan calon UPSR ni tidak berkurang secara mendadak kerana kebiasaanya mereka akan lari pulang ke kampung apabila berada 2 hari di asrama. Cuba teka aktiviti apa yek buat????? hahahahahhahah





Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammed Side A 1

Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammad SIde A 2

CIKGU KIMIN di Bungai ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO