Monday, August 24, 2009

Jual Petai Plak

Dah penat menjelajah, mandi sungai, memburu.... Yek terpengaruh dengan Cg Shahar praktikum untuk cuba menceburi bidang perniagaan plak......... Kami berniaga petai Selorei, Dalong plak menjadi tukang memanjat pokok petai. Nak jadi cerita, semasa yek sedang syok beradu... Si Shahar ni plak pi melepak dengan Dalong, dan bertugas untuk memberi petai kepada pegawai-pegawai JHEOA. Bukan betugas tetapi menolong Dalong. Hampir pukul 5.00 petang, yek diajak Cg Shahar untuk menolong Selorei memasarkan petainya. Jadi kami bersetuju untuk memasarkan petainya ke Baling pada petang itu juga. Apa lagi, yek memanaskan EVO 7 yek lalu kami memecut ke daerah Baling. Alhamdulillah kami berjaya memasarkan petai tu sebelum maghrib. Mengapa petai ini laku??? Kerana keistimewaan petai ini, ianya sangat besar.
Masalah berlaku yek punya clutch kereta bermasalah......... Walau bagaimana pun kami berjaya menyetelkan masalah itu di Workshop Ketapang keesokkan harinya.

Memburu Plak...

Yek sebenarnya dah terpengaruh dengan macam idea-idea cikgu Shahar Praktikum ni..... Suatu senja kami berjumpa dengan sahabat kami dan menyatakan hasrat untuk memburu... Sahabat kami ni dalam keadaan serba salah dan akhir sekali dia bersetuju. Kami mengikuti sahabat kami ni memanjat bukit dan memasuki hutan. Di puncak hutan sahabat kami memainkan peranan sebagai seorang pemburu. Dengan menggunakan buluh kecil dia meniup untuk menghasilkan bunyi kijang bagi menari perhatian kijang. Di sini yek mempelajari contoh jejak kijang dan jejak babi..... hampir satu jam meniup buluh kijang langsung tak menjenguk dirinya.... yang berbunyi tupai yang menyahut bunyi kemerduan buluh. Hasilnya kami di plak diburu pacat......

Sahabat kami dah mengalah dan dia mencadangkan supaya ditetapkan hari yang lain untuk memburu........ Balik dari memburu kami mandi sungai semahu-mahunya. Dan yek dilanda migrain. Keesokkan harinya, pagi-pagi buta lagi Shahar dah keluar memburu... Yek Plak buat-buat migrain tak bleh bangun.... Yek dah malas pi memburu kwang kwang kwang

Menjelajah Perkampungan Asli

Yek, cikgu Wan, Cikgu Najib dan Cg Shahar pernah membuat ekpedisi ke perkampungan Damai, Permai dan Ceria dengan bermotosikal dengan objektif menjemput murid-murid tahun 6 ke sekolah untuk peperiksaan dan perlaksanaan program perkaitan UPSR. Kami ke sana beberapa kali dengan bermotosikal Honda C70 lampu bulat dan kawasaki posmen. Kadang-kadang yek pernah pergi sorang-sorang bertemankan murid asrama untuk menjemput murid-murid perkampungan ini ke program Tok Berlenglek 2009. Kalau yek tak buat macam ini, murid-murid pasti tidak datang ke sekolah...... Kadang-kadang murid-murid ni sanggup balik kampung semula bila mereka lihat yek takder kat sekolah. Mereka pernah kata, kalau cikgu takde kami balik rumah.... Apa nak buat, yek pun terpaksa duk kat sekolah....

Suatu hari, yek dan cikgu Shahar membuat ekpedisi ke Pengkalan. Walaupun tempat ini tidak beberapa jauh dari sekolah, yek tidak pernah sampai ke perkampungan ini..... Kebetulan sebelum kami pergi, kami dan guru besar syok melapah durian. Tapi bos kata macam takcukup jer...... Sampai saja kami di Kampung Pengkalan kami di beri durian seguni oleh Andak ayah kepada Azalan. Maknya orang Siam. Kami berbual panjang jugak.... Dah dapat durian kami terus balik ke sekolah dan simpan durian tersebut dalam rumah.... Lepas itu kami bermotosikal pergi ke Kedai Pak Usop Melepak.... Dalam kepala apa lagi aktiviti untuk buat esok????

Keesokkan harinya selepas waktu sekolah berbekalkan parang dan air mineral tepat jam pukul 2.30 ptg kami terus bermotosikal Honda C70 membuat ekpedisi ke Kampung Semelor, Kampung Pulau Tujuh dan Kampung Tekam. Perjalanan kami memakan masa sejam setengah untuk sampai ke Kampung Tekam. Di Kampung Semelor, kami berjumpa dengan Ayu Eim memujuk supaya ke sekolah tetapi hajat kami tidak kesampaian Ayu tidak memberi respon. kami meneruskan perjalanan ke Pulau Tujuh dan bertemu dengan Penghulu Itam. Beliau amat mesra dengan kami. Kami pun bersembang pasal keadaan murid-murid dan kehidupan mereka seharian. Di Di Pulau Tujuh Benggali aiskrim pun ada berniaga... Kami dijamu aiskrim percuma sebab abang Benggali ni dah jadi kawan cg Shahar. Satu keturunan gamaknya bleh cakap Urdu lagi... Kami meneruskan hasrat kami untuk ke Kampung Tekam. Kampung ini sangat Jauh dan meletihkan. Sesampai saja di kampung ini, kami terkejut kerana mereka memeliki sebuat gereja berbentuk bangsal dan sebuah sekolah yang ditaja Lotary Club.... kami meneruskan perjalanan ke sebuah rumah kerana kami nampak Banggali aiskrim tengah berniaga... Hebat sungguh abang Banggali ni.... Di sini kami diberi maklumat tentang sebuag sungai yang cantik dan iarnya yang deras memukau mata. Keindahan sungai ini menarik minat kami melihatnya dengan lebih dekat. Kami kembali jalan untuk pulang dan singgah ke sungai tersebut.... Di sana kami bertemu dengan pegawai perhutan yang baru keluar dari Sungai Mangga dan kami bersembang lebih kurang.... Apa lagi, kami mengambil kesempatan untuk mandi di sungai yang namanya yek dah lupa.... Memang Menarik....... Tapi kami lupa bawa kamera..... aiseyment......

Indahnya Air Terjun di Banun

Sekiranya dari jambatan Air Banun kita melihat deruan sungai mengalir lesu, kadang-kadang deras menerjah bila hujan di hulu. Kita lihat tiada apa yang istimewa Sungai Air Banun ini. Rupanya di sebalik kelesuan sungai mengalir apabila kita menyusuri ke hulu kita pasti menemui kawasan air terjun yang indah memukau mata. Di situlah letaknya benih-benih kelah yang dijaga oleh Perikanan Banding. Kadang-kadang jika kita bernasib baik kita akan berkesempatan memberi ikan-ikan ini makan disepanjang sungai Air Banun ini.... Alangkah puasnya hati kita melihat ikan ini berduyun-duyun merebut makanan....

Kali pertama yek dengan cg Shahar Praktikum melewati kawasan ini, kami menemui jejak-jejak harimau dan bau hancing kencingnya. Walaupun begitu kami tekad menyusuri sungai ini untuk sampai ke hujung hulu sungai ini. Sesampai saja di sana yek sungguh terkejut dan kagum melihat keindahan air terjun Banun ini... Kami dengan seronok memberi makan-ikan-ikan ini.... Tetapi kami hampa ikan tidak keluar....... walau bagaimna pun kami sangat gembira menikmati kesejukan air terjun walaupun tidak sampai 10 minit berendam kerana pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 6 petang dan suasana pada masa itu makin gelap..... Kami cepat-cepat meninggak kawasan tersebut memikirkan keselamatan kami..... Kenangan yang tidak dilupakan cg Shahar, seliparnya hilang di sebalik lumpur pasir gara-gara melompat di atas pasir........

Terima kasih kepada sahabat kami Dalong, kerana percaya kepada kami...... Kalau Dalong tak percaya kat kami memang kompom kami tak dapat menikmati keindahan air terjun ini.... Kami lupa bawa kamera..... lain kali ka,i prepair awal-awal....

Sunday, August 9, 2009

Di Celah Litupan Lalang

Saturday, August 8, 2009

Sabtu Yang Memenatkan

Pagi - Krohhhhhhhh
Tgh Hari - Make nasi pastu layari internet, pastu krohhhh balik
Ptg - Bangun, mandi, maye, terus buat kijo sekolah mcm print data, buat cover, print soalan pecubaan negeri.
ptg - Pi beli minyak petrol untuk mesin rumput
ptg lagi - lepak make buah mokte,
Malam - Siapkan kerja sekolah sampai loni...... kul 11.30 mlm

Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B

Mari kita berkongsi teknik. Bahan ini diambil dari Cikgu Asma dari SK. Kerunai semasa Program Tok Belenglek SIfar 5 2009.

Teknik Jawab Sains Bm

SCRIBD ni jika pengunjung ingin mendapatkan maklumat yang telah diuploadkan sila daftar dulu dan ambil le maklumat tersebut..... antaranya Teknik menjawab Soalan Sains Bahagian B, Soalan Sains tahun 2 dan pelbagai lagi. selamat mencuba.

Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammed Side A 1

Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammad SIde A 2

CIKGU KIMIN di Bungai ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO