Saturday, May 23, 2009

PENGHUJUNG MEI 2009

Hari guru dah berlalu dengan mendapat satu kad ucapan dari murid tahun 1, Khairul Bin Uda. Itu dia berterima kasih kerana yek menghantar dia ke hospital tempoh hari. Dia murid yang pertama yek hantar dia pi kedai gunting rambut.

Sebelum peristiwa hari guru sehari menjelang Temasya Sukan Tahunan, wa menggantikan Cikgu Darus cukur rambut budak-budak. Mula-mula tak pandai yek kena kutuk kat budak-budak kerana habis rosak rambut. Dengan tunjuk ajar Cikgu Darus yek berja menjadi tukang gunting profesional. Habis kepala budak-budak wa botakkan.....

Beberapa hari selepas hari guru, murid-murid tahun 6 sibuk nak buat kad hari guru untuk yek... yek pun buat muka kecewa tak dapat kad. Depe tak bagi kad kat yek pasal kad tak cukup kena buat lain..... hampeh...... Tapi yek tak kisah.....

Menjelang 22 Mei, datang plak Osman... "cikgu, esok hari jadi saya". tersengeh-sengeh jer dia... Yek faham dia nak kfc la tur. Memandangkan yek balik kampung, yek suruh Cikgu Sani beli kfc kat Osman. Melayang 6 ringgit. 2 minggu sebelumnya dah melayang 50 ringgit. Ada geng2 tertentu tak suka yek belanja harijadi untuk budak2 dengan alasan yek tak adil. kalau nak belanja kfc kena panggil semua budak asrama baru adil..... Kalau nak kata adil tak adil geng2 fumakila lagi ler tak adil. tak menjalankan tugas maksudnya mengkhianati amanah. Yek pun mula berang. "Itu hal peribadi saya!!!!! saya nak belanja ke tak ke itu saya punya business!!! kalau nak sambut hari jadi satu asrama pi buat kertas kerja bagi kat HEM!!!! Hal peribadi saya dengan murid tahun 6 jangan duk campur!!!! Yek pakai duit yek dengan duit cikgu Sani. Apa der geng fumakila dengki mendebgki plak. Orang buat kerja mula ler duk sibuk nak buat kerja gak nak bagi boss nampak. Aper daaaaaa.......

Tengah2 sibuk projek jalan raya tek hampir siap. maklum ler buat kerja sorang diri. Yek pun tak suka orang lain bantu. setakat suruh budak2 asrama ok ler tapi kena pantau..... nanti ler yek letask gambar projek mini jalan raya yek yang task seberapa ni.... bajat pun beli cat hitam dan cat putih. Cat khas jalan raya harga pun mencecah 2 ratus lebih untuk 3 cat ni sahaja.

Bulan 4 lalu, yek mendapat durian runtuh. Yek dapat clim melebihi seribu. Itu pun kawan2 semasa kat Kerunai dulu mintak yek buat clim latihan ragbi di lenggong. clim latihan tu mencecah 5 ratus lebih. Dengan duit itu yek guna beli portable speaker dan alat2 kemudahanya sekali. Alat ini yek guna kat surau asrama untuk budak2 azan nak pasang keset ngaji.... bermula pembelian alat ini, surau menjadi meriah dengan aktiviti-aktiviti tazkirah. Cikgu yang bagi tazkirah selepas maghrib bertukar ganti. Murid2 asrama mula menunjukkan bakat azan dan iqamah yang bertahun2 terpendam dala jiwa. akhirnya ilmu yang terpendam diluah dengan syahdunya.

Aktiviti yek sekarang selepas zohor ialah tidur beramai2 dalam surau. budak jantan jer... Yek tidur sebab zohor kul 3. sementara menunggu asar baik yek tidur ramai2 hilangkan letih. Waktu sekolah tamat kul 2 ptg... Yek tidur.. geng budak ni apa lagi main perang2 plak.... lantak la labu daripada merayau tak tentu hala baik depe main perang2 dalam surau..... kul 4.30 solat asar.... senang cerita.

Dalam pada itu, yek melancar derma fisabilillah untuk beberapa orang guru jer. Derma ni yek beli langsir bundle untuk surau. langsir harga 60 ringgit, rel besi bersama roller dan cangkuknya pula menelan harga hampir sama dengan langsir bundle..... Selagi langsir berada di surau itu dan selagi surau itu digunakan pahala akan datang terus kepada cikgu2 yang menderma.

Yang amat mengembirakan yek selama ini suatu hari di Hari Guru, yek mendapat khabar gembira dari kawan2 kat kerunai... yek lulus PTK IV IV.... Syukur.... kertas umum yek tiru kat faezah sikit-sikit, kertas kursus yek buat betul2 tanpa tiru sebab pada hari peperiksaan tu yek sorang jer makhluk yang ambil kertas khusus teknologi komputer dan media. Syukur... Pada petang itu yek terus turun Gerik sebab janji nak belanja kcf Amir dengan cikgu Din makan KFC. kami pun makan la. habis makan kami pi tengok perlawanan bola pastu pi menziarahi kak faezah yang dah 2 minggu lebih dapat baby baru..... Selepas asar yang lewat kat gerik yek pi shoping barang surau jap dan yek rasa kepala yek migrain jer..... rupanya malam tu yek migrain kat gerik dan tidur kat umah Cg panjang. esoknya yek mc dan berehat kat gerik.....hari mc tu dalam pening2 lagi yrk drive pi hentian Batu 2 makan nasi kerabu pastu pi klinik venkar ambil ubat dan mc dan bslik umah Cg. Panjang dan berehat. Petang itu lebih kurang kul 5 lebih yek rasa sihat yek terus balik banun....

Peperiksaan makin hampir. jadual peperiksaan 26 hinggga 29 Mei telah siap. Esok yek terpaksa pi IPoh unmtuk meeting UPSR. Semasa yek mengemblog ni.... yek di kg mace.... Hiiiiii ptg ni yek akan bertolak pi banun dan terus pi ipoh atau pi taiping umah cg pejol.... bye.....


p/s : Yek ada beli novel terbaru Bidadari Paderi.

Friday, May 15, 2009

Catatan April - Mei (sebelum melepaskan jawatan pemangku warden)

1. Bestari solat tahap 1.

2. Kehadiran GB baru Cikgu Halili

3. Memantapkan fungsi surau dengan alat dan program tazkirah.

4. Gangguan P&P luar sekolah dengan aktiviti karut. Nak cakap.. baik tak payah cakap.
Buat sakit hati. Guna murid tahun 6. macam takder manusia lain nak guna!!!!! stop.

5. Temasya Sukan Sekolah 2009. Meriah dan keletihan... Malam acara karaoke. Terus
blah.Lepas solat Isyak asrama berjemaah, karaoke plak di malam Jumaat. Sebelum
apa-apa berlaku baik blah balik kampung sebab esoknya cuti peristiwa.Warden satu
lagi take over. hari yek sempat shopping sumpit harga 150 ringgit... tu pun sumpit
dah melebihi 20 tahun. yek ambik jer...... bleh nyumpit kat kg......

6. Pra sambutan hari guru. Membuat dan mewarna kad Ucapan hari Guru.

7. Projek semaian anak tongkat ali. Yek suruh orang asli pi cari anak tongkat ali dan
depe akan semai kat rumah mereka. Yek Just pi ambik dan bayar jer kat depe
tur..... Lebih kurang kul 10 yek pi ambik anak benih kat kg bawah.. geng lelaki
semua takder... Yek tanya mana perginya geng laki ni..... Bini2 mereka bagitau
semua laki dah naik b ukit cari tongkat ali... mampus yek..... kat mana yek nak
cari duit nak bayar geng depe ni.... Yek cakap cukup ler sebulan sekali..... kalau
sepeluh orang dapat 50 anak benih untuk setiap sorang kaopak lah gaji yek bulan
depan.......

Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammed Side A 1

Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammad SIde A 2

CIKGU KIMIN di Bungai ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO