Sunday, March 22, 2009

Hari ini dah buat possport :)

22 Mac 2009

Khamis lepas yek pi bangunan persekutuan Kota Bharu. Orang terlalu ramai dalam kawasan Imigresen ni... tunggu punya tunggu nombor menungu masih lagi dalam tergolong orang ke 60 orang. Jam dah pukul 12 tgh... tunggu lagi.... akhinya yek blah.... buat hari ahad lagi bagus. Daripada itu yek pi Muda Osman shopping hingga mencecah RM60 lebih beli 3 buku. Pastu pi KB mall masih lagi pi Muda Osman sana plak. Beli stiker kartun yang besar untuk tampal kat bilik asrama lelaki. Pi plak kedai komputer beli plak contal voltan (AVR) harga RM59. Duit gaji dah habis ni..... Pau Piza plak. Balik sebelum Maghrib.

Cerita hari ini, yek dah berjaya dapatkan passport selepas lama menunggu. dari kul 8.00 pagi hingga kul 12 tengah hari. Aweks2 yang hari khamis lepas pun ada tersengeh2 dapat passport...... Yek terus balik Machang........

PASSPORT YEK YANG AKAN MENCIPTA SEJARAH PADA TAHUN 2009 :)

Wednesday, March 18, 2009

Taklimat Umrah Kembara Sufi 2009

Hari ini 18.03.2009 di PUPUK Machang, Ustaz Erwan Syah Bin Abdul Hameed dari Kajang datang ke Machang untuk memberi taklimat kepada peserta Umrah Kembara Sufi 2009. Umrah tersebut akan bermula pada 6 Jun 2009 hingga 20 Jun 2009. Nampak gaya kena apply cuti kali ini.

Kami di beri buku panduan umrah. Selepas ini beg dan kain ihram akan diberi gak. Mungkin penghujung bulan 4 ini. Esok nak pi buat passport antarabangsa. Perbelanjaan pada awalnya RM1000, tetapi terpaksa ditambah RM500 lagi. Nasib baik main kutu bleh tampung. Pasal makan minum di sana nanti tawakal jer la. Yang penting dapat pi.

Jadual penerbangan

-6.6.2009 - Bertolak dari KLIA mungkin akan pi umah kak pah 2 hari awal kat Shah Alam.
- Lebih kurang kul 1600 kami sampai ke Karachi (Pakistan) menunggu 2 jam.
- Hari yang sama kami akan sampai ke Jeddah. uduk banyak hari gak di Madinah.

- Di Madinah nanti kami akan di bawa ke Masjid Nabi, Makam Nabi, Makan Saidina Hamzah, melawat kebun kurma, minum air tebu yang paling manis. Yang penting kami mesti beribadat. Itu keutamaan program ini.

- Selepas beberapa hari di Madinah barulah kami akan berangkat ke Mekah untuk melaksananakan ibdat Umrah.

Doa-doakanlah kami........

Tuesday, March 17, 2009

Mata Belum Mengantuk

Petang semalam pergi ke Banun kerana hari ini ambik exam PTK. setakat ni baru dapat 3-3 jeeee. Tapi kali ini tukar strategi. Pengkhususan pilih tentang media / perisian komputer. tengok2 dalam ramai2 cikgu yang ambik PTK. sorang jer ambil pengkhusuan tersebut. aiseymen. Masa exam hampir tamat. Tengok2 yek sorang jer duk dalam line ke8. Tak bleh jadi ni... yek siapkan cpt2 jawapan tersebut yek pun angkat kaki bleh. Sempat tegur gb lama. dia jafi pengawas hari ni...... malu2 kucing plak..... habis exam yek terus balik Banun... ambil barang kat kuarters dan terus cabut balik kg entah kali ke berapa minggu ni.......
Gambar tak dapat dipaparkan. Tuan punya kamera dah ambik balik..........


Sunday, March 15, 2009

Hantar Budak Sakit........ Akhirnya......

Suatu hari yang dinamakan Khamis... Yek mendapat keuntungan suku tahun pertama dari koperasi sekolah.... banyak gak dapat.... petang tu PK1 suruh hantar budak bernama Yaasin sakit mulut ke hospital... yek pun prepare ler mana yang patut seperti dokumen murid tersebut. Yek mempelawa Ayer, Adik Mastur dan Laina untuk ikut sama. Cg Sani pun ikut serta. Budak2 ni darjah 1 dan 2. Ok Jom vroooommmmmmm....... Sampai hospital seperti biasanya ada yang termuntah dalam kereta.... geram betul, bukan yang sakit muntah.... yang sihat plak buat hal.... habis kereta evo ku.....
Sesudah mendapat rawatan, kami pergi Masjid untuk solat asar... muntah lagi....... Sesuadah asar yek meninggalkan Cg Sani di kedai kesukaannya dan Yek dengan budak2 apa lagi pi shopping la. Beli baju, beli tudung, beli anak tudung, beli goreng pisang, beli air rebina, beli air laici, beli sabun. Pastu lepak kat kedai mamak dengan kawan-kawan lama. Time order budak2 ni mintak susu ais, kopi o ais dan milo ais.. yek ambik pinggan pastu hidang goreng pisang jer.. Pastu yek sembang2 dengan Cg Amir dengan Yo....

Cukup time yek ambik Cg Sani dan terus balik..... Dalam perjalanan balik hampir dengan tugu peringatan kami ternampak gajah tepi jalan. Yek berhentikan kereta dan snap la gambar gajah muda yang malu-malu tur.... budak2 terlompong tengok sambil muntah...... geram lagi........







Kami meneruskan perjalanan hingga ke tugu peringatan. Kami bergambar di sana.......


Aktiviti Sebelum Murid Merangkak Bercuti

Seperti biasa menjelang cuti, pada hari Jumaat murid-murid akan berkumpul menunggu lori atau pun landrover untuk di bawa ke kampung atau jeti. malam sebelumnya yek bertungkus lumus dengan beberapa murid lelaki membasuh cadar asrama. Maklum ler kami ada 2 mesin basuh yang masih elok..... Yek cuba guna apa yang ada di sini......

Pagi jumaat.....

1. Yek megikut pakcik Sam (pegawai JHEOA) menghantar budak-budak ke Kg Semelor dan Kg Pulau Tujuh..... jeng jeng jeng......










Pemandangan Kg Pulau Tujuh selepas melepasi beberapa buah bukit. Keadaan yang mempersonakan. Masyaallah... subhanallah...







Pemandangan di Kampung Semelor. kampung yang cantik dan terjaga rapi. Malangnya anak desanya ramai yang tercicir persekolahannya.





Bulan

Malam selepas isyak bebudak duk bising2 pasal bulan mengambang cantik. Bebudak ni suruh ambil gambar supaya bulan gembira... yek pun snap la.......





Saturday, March 14, 2009

Ujian Bulan Mac 2009

Tugas pertama SU Peperiksaan Dalaman untuk tahun ini. Merangka Jadual Ujian dan Soalan Ujian. Semua guru kelam kabut menyiapkankan soalan. Soalan yang tidak dihantar mengikut tempoh yang ditetapkan sila pi potostat sendiri. Macam-macam hal yek gak yang letih.......
nanti ujian akan datang buat sistem baru pulak.....

Budak2 dah start ujian.







Belajar iqra'

Malam-malam selepas Maghrib hingga Isyak, murid-murid asrama wajib belajar Iqra'1.








Tasik Banding

Jumaat / balik dari solat Jumaat (124 km pergi dan balik)

Sambil-sambil tunggu Cg Pejol di Tasik Banding, yek snap gambar persekitaran. Time ni student penuh beratur untuk ke Pulau pendidikan. Yek lari dari keriuhan orang ramai pastu snap.......





Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammed Side A 1

Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammad SIde A 2

CIKGU KIMIN di Bungai ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO