Friday, February 27, 2009

Budak-Budak Banun Solat - Siri 2

Tema : Yek Dah Berubah

Dah dapat kain pelikat sorang sehelai berubah ler kejap.... teringat kali pertama budak sini solat. ada yang pakai seluasa pendek. Pompuan plak pakai tudung jer kain tak pakai. Ada yang pakai kain tudung plak tak pakai. Macam nak pengsan tengok peel budak.....................
Yang paling lawak budak2 ni tak pandai pakai kain pelikat hahahahahahhahahaha masa tu baru je yek lepas mengamuk kat beberapa orang budak yang kepala keras sangat......




Bulan Rabiul Awal

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.


6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.



Fadhilat Bulan Rabiul Awal


Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain.

Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun.

Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar esok.

Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat.

Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita.Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan.


ApA Yang nak di buat 12 Rabiul Awal Ni??????? masa tu cuti. Yek kemungkina besar tak balik sebab budak2 ni tak balik......... alahai.......

Kelisa

Semasa kat UITM 2 minggu lepas yek snap satu model kelisa yang comel....... yek rasa nak suruh mekyah beli.....

Cikgu kimi buat ape ni?????

27.2.09/Jumaat

Dengki dengan cg Sani punya pasal... yek buat gak...... Yek ambil barang-barang pra sekolah dia hahahaha.....




Semalam petang.. 26.02.2009, tiba-tiba yek dapat tahu sorang budak asrama tahun 1 demam. yek chek tengok badan dia panas. Mulanya nak pi hantar hospital tapi yek cuba dulu bagi ubat letak dalam bilik yek... bau semacam jer budak ni... tak mandi ke hari ni.... takpe tidurkan dia atas katil yek dan bagi makan ubat. yek tidur gak...yek tak lena tidur sebab bos duk bising-bising kat luar... apa yang bos duk kalut... entah la... biarkan..... yek bangun yek ambil susu low fat tek bagi budak demam ni minum... dia tak nak yer minum lagi bagus..... rasa tak bleh tidur sbb pasni kul 4.30 ptg tali pinggang nak berjalan mencari mangsa tak solat........ piapppppppppppp

Mengajar Kajian Tempatan tahun 4 plak

Lesson : Jenis-Jenis Rumah Kediaman
Aktiviti : Melukis rumah kediaman secara berkumpulan.

Duk dalam bilik guru, tercari-cari bahan bantu mengajar. Tiada persiapan sebab duk asyik gunting huruf untuk di buat Jadual bertugas, organisasi kelas dan jadual waktu. Tiba-tiba bos masuk bilik guru untuk menyembang. Layan punya layan lewat masuk kelas. mata plak rasa nak mengantuk jerrr..... teruskan juga pi kelas tahun 4..
apa yang yek(saya) buat??????









Tapi ada lagi lesson.... tapi rahsia.....
akibat rahsia yek terpaksa tambah lagi aktiviti iaitu pembentangan.... setiap kumpulan dikehendaki tampil ke depan untuk menunjukkan hasil..... cis... yek gak yang kena bentang... hampeh punya budak... jadi tukang pegang gambar jer......

Ajar Sains Tahun 4

Kebelakangan ni aku kurang memberi perhatian pada budak-budak.... sibuk atau menyibukan diri???? mane-mane jer la.... Hari ni aku nak ngajar sains topik 2 iaitu Sistem Pernafasan Manusia dengan bahasa etemsnya aku dah lupa lak... hentam saje la....





Gotong Royong Asrama secara paksa

Suatu petang...... dah tak tahan bau busuk longkang asrama lelaki... akhirnya aku pi ambik cok betul, penyapu plastik dan lain2 alat. Aku kerah budak2 degil ni pi cuci longkang... dah tak tergamak nak tengok........ kasut, selipar, baju, kulit limau, kertas dan bermacam jenis makhluk ada dalam longkang............







Budak pompuan pun kena paksa gotong-royong





Thursday, February 26, 2009

Budak-Budak Banun Solat - Siri 1

First time jaga budak di sini, aku biarkan budak-budak selama seminggu tak solat.... mereka hidup dengan cara sendiri mereka apabila tidak di suruh atau di arah secara ?????.... Dalam seminggu pertama ex-warden 2008 mengajak aku pi berjemaah kat surau... aku ikut jer maklum ler baru jer duk sini tengah usha keadaan kepala otak penghuni di sini.... Dalam seminggu itu bilangan murid yang solat hanya 5 persen daripada 80 orang lebih penghuninya...... Masuk minggu ketiga dalam bulan Januari, Zohor, Asar, Maghrib dan Insyak, tali pinggang berada di tangan ku..... umur 7 tahun bagi nasihat, cukup haul apalagi.... tali pinggang atau rotan sentiasa di tangan tiap-tiap waktu.... serik bebudak........... Nanti ada siri 2 plak.... yek dah brubah....





Wednesday, February 25, 2009

Kejohanan Ragbi bawah 12 dan 18 Hulu Perak

Pada 10 hingga 14 Februari khidmatku diperlukan sebagai pengurus pasukan ragbi bawah 12 tahun Hulu Perak ke perlawanan peringkat negeri di UITM Seri Iskandar. sebenarnya sudah 3 tahun aku berkecimpung dalam pengurusan ragbi bermula di Ipoh. merangkap pencacai jer.... nama glamournya pengurus pasukan..... Ni pun gara-gara PK KOKO Sk Kg Lalang..... geram tul...... Tapi berlagak gak... mau khidmatku kena hantar surat rasmi baru pergi jadi pencacai... takder surat tak bleh pi kerana komitmen ku menjaga asrama Banun..... memandangkan pemainnya adalah bekas anak murid ku di SK. Kerunai aku sanggup pi....... makan angin hahahaha










Aku Guru Tahun 6

Kerana secara rasmi aku dilantik menjadu guru kelas tahun maka menjadi harapan untuk memodified kelas ku. Oleh kerana bajet ciput aku mencari bahan terbuang untuk menghias kelas. antaranya langsir lamaku, set komputer yang ku beli pada tahun 2004, printer.... macam2 la untuk keselesaan anak bumiputra ni......




Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammed Side A 1

Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammad SIde A 2

CIKGU KIMIN di Bungai ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO