Friday, November 6, 2009

3 Bulan berlalu tanpa entry

masa berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa catatan dari yek... tapi kini yek kembali mencatat entri-entri yang dahulu banya yek tinggalkan.

September 2009

1. Menjelajah kampung mencari calon peperiksaan UPSR.

Ini aktiviti terakhir yek sebagai Setiausaha Peperiksaan RPS Banun untuk sesi 2009. Mencari, memujuk dan memberi harapan kepada ibubapa dan calon UPSR supaya hadir untuk peperiksaan. harapan tinggi supaya kelak murid-murid ini mempunyai harapan kelak. banyak dugaan yang berlaku. hari pertama pergi tayar motor pancit. Terpaksa ditunda aktiviti tersebut keesokkan harinya. Untuk menaikkan semangat budak-budak ini yek membuat tag nama sebagai lesen layak menduduki peperiksaan. Sekiranya lesen ini telah diterima maka murid tersebut wajib hadir. Sekiranya tidak hadir polis akan cari mereka. yek provok mereka hahahahahahahha. depa rasa takut gak sekali dengan mak bapaknya.... kwang kwang kwang..







2. Memujuk

Tanpa sedar, yek terpaksa memujuk calon-calon UPSR ni dengan aktiviti-aktiviti waktu petang supaya mereka lupa pada kampung mereka buat sementara waktu. Tujuan yek buat begini supaya bilangan calon UPSR ni tidak berkurang secara mendadak kerana kebiasaanya mereka akan lari pulang ke kampung apabila berada 2 hari di asrama. Cuba teka aktiviti apa yek buat????? hahahahahhahah





Monday, August 24, 2009

Jual Petai Plak

Dah penat menjelajah, mandi sungai, memburu.... Yek terpengaruh dengan Cg Shahar praktikum untuk cuba menceburi bidang perniagaan plak......... Kami berniaga petai Selorei, Dalong plak menjadi tukang memanjat pokok petai. Nak jadi cerita, semasa yek sedang syok beradu... Si Shahar ni plak pi melepak dengan Dalong, dan bertugas untuk memberi petai kepada pegawai-pegawai JHEOA. Bukan betugas tetapi menolong Dalong. Hampir pukul 5.00 petang, yek diajak Cg Shahar untuk menolong Selorei memasarkan petainya. Jadi kami bersetuju untuk memasarkan petainya ke Baling pada petang itu juga. Apa lagi, yek memanaskan EVO 7 yek lalu kami memecut ke daerah Baling. Alhamdulillah kami berjaya memasarkan petai tu sebelum maghrib. Mengapa petai ini laku??? Kerana keistimewaan petai ini, ianya sangat besar.
Masalah berlaku yek punya clutch kereta bermasalah......... Walau bagaimana pun kami berjaya menyetelkan masalah itu di Workshop Ketapang keesokkan harinya.

Memburu Plak...

Yek sebenarnya dah terpengaruh dengan macam idea-idea cikgu Shahar Praktikum ni..... Suatu senja kami berjumpa dengan sahabat kami dan menyatakan hasrat untuk memburu... Sahabat kami ni dalam keadaan serba salah dan akhir sekali dia bersetuju. Kami mengikuti sahabat kami ni memanjat bukit dan memasuki hutan. Di puncak hutan sahabat kami memainkan peranan sebagai seorang pemburu. Dengan menggunakan buluh kecil dia meniup untuk menghasilkan bunyi kijang bagi menari perhatian kijang. Di sini yek mempelajari contoh jejak kijang dan jejak babi..... hampir satu jam meniup buluh kijang langsung tak menjenguk dirinya.... yang berbunyi tupai yang menyahut bunyi kemerduan buluh. Hasilnya kami di plak diburu pacat......

Sahabat kami dah mengalah dan dia mencadangkan supaya ditetapkan hari yang lain untuk memburu........ Balik dari memburu kami mandi sungai semahu-mahunya. Dan yek dilanda migrain. Keesokkan harinya, pagi-pagi buta lagi Shahar dah keluar memburu... Yek Plak buat-buat migrain tak bleh bangun.... Yek dah malas pi memburu kwang kwang kwang

Menjelajah Perkampungan Asli

Yek, cikgu Wan, Cikgu Najib dan Cg Shahar pernah membuat ekpedisi ke perkampungan Damai, Permai dan Ceria dengan bermotosikal dengan objektif menjemput murid-murid tahun 6 ke sekolah untuk peperiksaan dan perlaksanaan program perkaitan UPSR. Kami ke sana beberapa kali dengan bermotosikal Honda C70 lampu bulat dan kawasaki posmen. Kadang-kadang yek pernah pergi sorang-sorang bertemankan murid asrama untuk menjemput murid-murid perkampungan ini ke program Tok Berlenglek 2009. Kalau yek tak buat macam ini, murid-murid pasti tidak datang ke sekolah...... Kadang-kadang murid-murid ni sanggup balik kampung semula bila mereka lihat yek takder kat sekolah. Mereka pernah kata, kalau cikgu takde kami balik rumah.... Apa nak buat, yek pun terpaksa duk kat sekolah....

Suatu hari, yek dan cikgu Shahar membuat ekpedisi ke Pengkalan. Walaupun tempat ini tidak beberapa jauh dari sekolah, yek tidak pernah sampai ke perkampungan ini..... Kebetulan sebelum kami pergi, kami dan guru besar syok melapah durian. Tapi bos kata macam takcukup jer...... Sampai saja kami di Kampung Pengkalan kami di beri durian seguni oleh Andak ayah kepada Azalan. Maknya orang Siam. Kami berbual panjang jugak.... Dah dapat durian kami terus balik ke sekolah dan simpan durian tersebut dalam rumah.... Lepas itu kami bermotosikal pergi ke Kedai Pak Usop Melepak.... Dalam kepala apa lagi aktiviti untuk buat esok????

Keesokkan harinya selepas waktu sekolah berbekalkan parang dan air mineral tepat jam pukul 2.30 ptg kami terus bermotosikal Honda C70 membuat ekpedisi ke Kampung Semelor, Kampung Pulau Tujuh dan Kampung Tekam. Perjalanan kami memakan masa sejam setengah untuk sampai ke Kampung Tekam. Di Kampung Semelor, kami berjumpa dengan Ayu Eim memujuk supaya ke sekolah tetapi hajat kami tidak kesampaian Ayu tidak memberi respon. kami meneruskan perjalanan ke Pulau Tujuh dan bertemu dengan Penghulu Itam. Beliau amat mesra dengan kami. Kami pun bersembang pasal keadaan murid-murid dan kehidupan mereka seharian. Di Di Pulau Tujuh Benggali aiskrim pun ada berniaga... Kami dijamu aiskrim percuma sebab abang Benggali ni dah jadi kawan cg Shahar. Satu keturunan gamaknya bleh cakap Urdu lagi... Kami meneruskan hasrat kami untuk ke Kampung Tekam. Kampung ini sangat Jauh dan meletihkan. Sesampai saja di kampung ini, kami terkejut kerana mereka memeliki sebuat gereja berbentuk bangsal dan sebuah sekolah yang ditaja Lotary Club.... kami meneruskan perjalanan ke sebuah rumah kerana kami nampak Banggali aiskrim tengah berniaga... Hebat sungguh abang Banggali ni.... Di sini kami diberi maklumat tentang sebuag sungai yang cantik dan iarnya yang deras memukau mata. Keindahan sungai ini menarik minat kami melihatnya dengan lebih dekat. Kami kembali jalan untuk pulang dan singgah ke sungai tersebut.... Di sana kami bertemu dengan pegawai perhutan yang baru keluar dari Sungai Mangga dan kami bersembang lebih kurang.... Apa lagi, kami mengambil kesempatan untuk mandi di sungai yang namanya yek dah lupa.... Memang Menarik....... Tapi kami lupa bawa kamera..... aiseyment......

Indahnya Air Terjun di Banun

Sekiranya dari jambatan Air Banun kita melihat deruan sungai mengalir lesu, kadang-kadang deras menerjah bila hujan di hulu. Kita lihat tiada apa yang istimewa Sungai Air Banun ini. Rupanya di sebalik kelesuan sungai mengalir apabila kita menyusuri ke hulu kita pasti menemui kawasan air terjun yang indah memukau mata. Di situlah letaknya benih-benih kelah yang dijaga oleh Perikanan Banding. Kadang-kadang jika kita bernasib baik kita akan berkesempatan memberi ikan-ikan ini makan disepanjang sungai Air Banun ini.... Alangkah puasnya hati kita melihat ikan ini berduyun-duyun merebut makanan....

Kali pertama yek dengan cg Shahar Praktikum melewati kawasan ini, kami menemui jejak-jejak harimau dan bau hancing kencingnya. Walaupun begitu kami tekad menyusuri sungai ini untuk sampai ke hujung hulu sungai ini. Sesampai saja di sana yek sungguh terkejut dan kagum melihat keindahan air terjun Banun ini... Kami dengan seronok memberi makan-ikan-ikan ini.... Tetapi kami hampa ikan tidak keluar....... walau bagaimna pun kami sangat gembira menikmati kesejukan air terjun walaupun tidak sampai 10 minit berendam kerana pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 6 petang dan suasana pada masa itu makin gelap..... Kami cepat-cepat meninggak kawasan tersebut memikirkan keselamatan kami..... Kenangan yang tidak dilupakan cg Shahar, seliparnya hilang di sebalik lumpur pasir gara-gara melompat di atas pasir........

Terima kasih kepada sahabat kami Dalong, kerana percaya kepada kami...... Kalau Dalong tak percaya kat kami memang kompom kami tak dapat menikmati keindahan air terjun ini.... Kami lupa bawa kamera..... lain kali ka,i prepair awal-awal....

Sunday, August 9, 2009

Di Celah Litupan Lalang

Saturday, August 8, 2009

Sabtu Yang Memenatkan

Pagi - Krohhhhhhhh
Tgh Hari - Make nasi pastu layari internet, pastu krohhhh balik
Ptg - Bangun, mandi, maye, terus buat kijo sekolah mcm print data, buat cover, print soalan pecubaan negeri.
ptg - Pi beli minyak petrol untuk mesin rumput
ptg lagi - lepak make buah mokte,
Malam - Siapkan kerja sekolah sampai loni...... kul 11.30 mlm

Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B

Mari kita berkongsi teknik. Bahan ini diambil dari Cikgu Asma dari SK. Kerunai semasa Program Tok Belenglek SIfar 5 2009.

Teknik Jawab Sains Bm

SCRIBD ni jika pengunjung ingin mendapatkan maklumat yang telah diuploadkan sila daftar dulu dan ambil le maklumat tersebut..... antaranya Teknik menjawab Soalan Sains Bahagian B, Soalan Sains tahun 2 dan pelbagai lagi. selamat mencuba.

Friday, July 31, 2009













SEBULAN YANG SIBUK

Penghujung Jun huingga ler ke hujung Julai yek terlalu sibuk...

1. Sibuk berulang dari machang ke Banun tiap-tiap hari dengan masa 3 jam pergi dan balik.

2. Macam-macam program penghujung minggu diadakan di Banun...
- Tok Belenglek Sifar 5

3. Program lawatan perabis duit 1Malaysia... Jalan-jalan ke Melaka selama 5 hari....

4. Kena penyakit demam migrain plak......

5. Meeting di PPD Gerik plak.......

6. Percubaan UPSR

7. Program Pepung PEKA - program reka sendiri untuk menyiapkan ekperimen bagi pemarkahan UPSR. Terpaksa yek pi kampung Damai, Permai dan Ceria cari budak-budak untuk bawa ke sekolah bagi menyiapkan PEKA ni...... Tak pi ambik kan depa tak datang sekolah...... Tapi pengalaman ke Kampung mereka sungguh seronok... Kali pertama yek pergi.. yek bawa anwar charol naik moto pi kampung Damai dan permai.. perjalan mengambil masa 20 minit naik turun bukit..... Kali ke dua pergi, yek pergi dengan cg Najib taspi kali ini sungguh seronak... Untuk sampai ke kampung ceria yek perlu menaiki bot kayuh kerana kampung ceria berada di seberang tasik..... kali ke tiga yek pergi ke kampung Ceria dengan seorang budak peneman, orang kampung sana baik hati tumpangkan bot mereka pergi ke kampung Ceria..... Secara ringkas kehidupan murid-muid ini penuh cabaran kerana untuk pergi ke sekolah murid2 terpaksa menempuhi tasik dahulu kemudian meneruskan perjalan mereka dengan berjalan kaki bersama ahli keluarga masing-masing... itulah kehidupan rutin mereka setiap hari persekolahan..... Ibubapa sanggup menunggu anak-anak mereka hingga pukul 2 petang baru pulang ke rumah.... tetapi pihak JHEOA ni banyak membantu murid-murid ini dalam soal kebajikan memberi makan kepada ibu bapa dan anak2 sebagai galakan untuk mendorong mereka bersekolah....

Saturday, May 23, 2009

PENGHUJUNG MEI 2009

Hari guru dah berlalu dengan mendapat satu kad ucapan dari murid tahun 1, Khairul Bin Uda. Itu dia berterima kasih kerana yek menghantar dia ke hospital tempoh hari. Dia murid yang pertama yek hantar dia pi kedai gunting rambut.

Sebelum peristiwa hari guru sehari menjelang Temasya Sukan Tahunan, wa menggantikan Cikgu Darus cukur rambut budak-budak. Mula-mula tak pandai yek kena kutuk kat budak-budak kerana habis rosak rambut. Dengan tunjuk ajar Cikgu Darus yek berja menjadi tukang gunting profesional. Habis kepala budak-budak wa botakkan.....

Beberapa hari selepas hari guru, murid-murid tahun 6 sibuk nak buat kad hari guru untuk yek... yek pun buat muka kecewa tak dapat kad. Depe tak bagi kad kat yek pasal kad tak cukup kena buat lain..... hampeh...... Tapi yek tak kisah.....

Menjelang 22 Mei, datang plak Osman... "cikgu, esok hari jadi saya". tersengeh-sengeh jer dia... Yek faham dia nak kfc la tur. Memandangkan yek balik kampung, yek suruh Cikgu Sani beli kfc kat Osman. Melayang 6 ringgit. 2 minggu sebelumnya dah melayang 50 ringgit. Ada geng2 tertentu tak suka yek belanja harijadi untuk budak2 dengan alasan yek tak adil. kalau nak belanja kfc kena panggil semua budak asrama baru adil..... Kalau nak kata adil tak adil geng2 fumakila lagi ler tak adil. tak menjalankan tugas maksudnya mengkhianati amanah. Yek pun mula berang. "Itu hal peribadi saya!!!!! saya nak belanja ke tak ke itu saya punya business!!! kalau nak sambut hari jadi satu asrama pi buat kertas kerja bagi kat HEM!!!! Hal peribadi saya dengan murid tahun 6 jangan duk campur!!!! Yek pakai duit yek dengan duit cikgu Sani. Apa der geng fumakila dengki mendebgki plak. Orang buat kerja mula ler duk sibuk nak buat kerja gak nak bagi boss nampak. Aper daaaaaa.......

Tengah2 sibuk projek jalan raya tek hampir siap. maklum ler buat kerja sorang diri. Yek pun tak suka orang lain bantu. setakat suruh budak2 asrama ok ler tapi kena pantau..... nanti ler yek letask gambar projek mini jalan raya yek yang task seberapa ni.... bajat pun beli cat hitam dan cat putih. Cat khas jalan raya harga pun mencecah 2 ratus lebih untuk 3 cat ni sahaja.

Bulan 4 lalu, yek mendapat durian runtuh. Yek dapat clim melebihi seribu. Itu pun kawan2 semasa kat Kerunai dulu mintak yek buat clim latihan ragbi di lenggong. clim latihan tu mencecah 5 ratus lebih. Dengan duit itu yek guna beli portable speaker dan alat2 kemudahanya sekali. Alat ini yek guna kat surau asrama untuk budak2 azan nak pasang keset ngaji.... bermula pembelian alat ini, surau menjadi meriah dengan aktiviti-aktiviti tazkirah. Cikgu yang bagi tazkirah selepas maghrib bertukar ganti. Murid2 asrama mula menunjukkan bakat azan dan iqamah yang bertahun2 terpendam dala jiwa. akhirnya ilmu yang terpendam diluah dengan syahdunya.

Aktiviti yek sekarang selepas zohor ialah tidur beramai2 dalam surau. budak jantan jer... Yek tidur sebab zohor kul 3. sementara menunggu asar baik yek tidur ramai2 hilangkan letih. Waktu sekolah tamat kul 2 ptg... Yek tidur.. geng budak ni apa lagi main perang2 plak.... lantak la labu daripada merayau tak tentu hala baik depe main perang2 dalam surau..... kul 4.30 solat asar.... senang cerita.

Dalam pada itu, yek melancar derma fisabilillah untuk beberapa orang guru jer. Derma ni yek beli langsir bundle untuk surau. langsir harga 60 ringgit, rel besi bersama roller dan cangkuknya pula menelan harga hampir sama dengan langsir bundle..... Selagi langsir berada di surau itu dan selagi surau itu digunakan pahala akan datang terus kepada cikgu2 yang menderma.

Yang amat mengembirakan yek selama ini suatu hari di Hari Guru, yek mendapat khabar gembira dari kawan2 kat kerunai... yek lulus PTK IV IV.... Syukur.... kertas umum yek tiru kat faezah sikit-sikit, kertas kursus yek buat betul2 tanpa tiru sebab pada hari peperiksaan tu yek sorang jer makhluk yang ambil kertas khusus teknologi komputer dan media. Syukur... Pada petang itu yek terus turun Gerik sebab janji nak belanja kcf Amir dengan cikgu Din makan KFC. kami pun makan la. habis makan kami pi tengok perlawanan bola pastu pi menziarahi kak faezah yang dah 2 minggu lebih dapat baby baru..... Selepas asar yang lewat kat gerik yek pi shoping barang surau jap dan yek rasa kepala yek migrain jer..... rupanya malam tu yek migrain kat gerik dan tidur kat umah Cg panjang. esoknya yek mc dan berehat kat gerik.....hari mc tu dalam pening2 lagi yrk drive pi hentian Batu 2 makan nasi kerabu pastu pi klinik venkar ambil ubat dan mc dan bslik umah Cg. Panjang dan berehat. Petang itu lebih kurang kul 5 lebih yek rasa sihat yek terus balik banun....

Peperiksaan makin hampir. jadual peperiksaan 26 hinggga 29 Mei telah siap. Esok yek terpaksa pi IPoh unmtuk meeting UPSR. Semasa yek mengemblog ni.... yek di kg mace.... Hiiiiii ptg ni yek akan bertolak pi banun dan terus pi ipoh atau pi taiping umah cg pejol.... bye.....


p/s : Yek ada beli novel terbaru Bidadari Paderi.

Friday, May 15, 2009

Catatan April - Mei (sebelum melepaskan jawatan pemangku warden)

1. Bestari solat tahap 1.

2. Kehadiran GB baru Cikgu Halili

3. Memantapkan fungsi surau dengan alat dan program tazkirah.

4. Gangguan P&P luar sekolah dengan aktiviti karut. Nak cakap.. baik tak payah cakap.
Buat sakit hati. Guna murid tahun 6. macam takder manusia lain nak guna!!!!! stop.

5. Temasya Sukan Sekolah 2009. Meriah dan keletihan... Malam acara karaoke. Terus
blah.Lepas solat Isyak asrama berjemaah, karaoke plak di malam Jumaat. Sebelum
apa-apa berlaku baik blah balik kampung sebab esoknya cuti peristiwa.Warden satu
lagi take over. hari yek sempat shopping sumpit harga 150 ringgit... tu pun sumpit
dah melebihi 20 tahun. yek ambik jer...... bleh nyumpit kat kg......

6. Pra sambutan hari guru. Membuat dan mewarna kad Ucapan hari Guru.

7. Projek semaian anak tongkat ali. Yek suruh orang asli pi cari anak tongkat ali dan
depe akan semai kat rumah mereka. Yek Just pi ambik dan bayar jer kat depe
tur..... Lebih kurang kul 10 yek pi ambik anak benih kat kg bawah.. geng lelaki
semua takder... Yek tanya mana perginya geng laki ni..... Bini2 mereka bagitau
semua laki dah naik b ukit cari tongkat ali... mampus yek..... kat mana yek nak
cari duit nak bayar geng depe ni.... Yek cakap cukup ler sebulan sekali..... kalau
sepeluh orang dapat 50 anak benih untuk setiap sorang kaopak lah gaji yek bulan
depan.......

Sunday, April 5, 2009

Kursus Keselamatan Lalu Lintas

1-2 April lalu yek pi kursus Keselamatan Lalu Lintas Untuk Murid Tahun 2. Yek pergi berdua bersama cikgu Wan mewakili cikgu Faiza yang sakit untuk tahun 4. Yek ditempatkan di hotel Hill City Ipoh, manakala cikgu Wan lak Hotel Casuarina Ipoh... Jenuh mencari lalu sesat jalan... akhir sekali tepon cikgu Eddy lalu kami pun jumpa Hotel Casuarina....... Semasa berkursus Yek terpengaruh dengan penceramah yang berceramah menggunakan remote control untuk Power Point..... Habis jer kursus yek pi Bangunan Yik Fong lalu beli remote control tur.... hihihhii harga 80 ringgit... nanti sampai kat Banun bleh guna ker????????? hahahahhahaa.....

antara link menarik yang diperolehi semasa berkursus

1. http://kacemmm.blogspot.com/

2. http://www.pkjr.org.my/

Sunday, March 22, 2009

Hari ini dah buat possport :)

22 Mac 2009

Khamis lepas yek pi bangunan persekutuan Kota Bharu. Orang terlalu ramai dalam kawasan Imigresen ni... tunggu punya tunggu nombor menungu masih lagi dalam tergolong orang ke 60 orang. Jam dah pukul 12 tgh... tunggu lagi.... akhinya yek blah.... buat hari ahad lagi bagus. Daripada itu yek pi Muda Osman shopping hingga mencecah RM60 lebih beli 3 buku. Pastu pi KB mall masih lagi pi Muda Osman sana plak. Beli stiker kartun yang besar untuk tampal kat bilik asrama lelaki. Pi plak kedai komputer beli plak contal voltan (AVR) harga RM59. Duit gaji dah habis ni..... Pau Piza plak. Balik sebelum Maghrib.

Cerita hari ini, yek dah berjaya dapatkan passport selepas lama menunggu. dari kul 8.00 pagi hingga kul 12 tengah hari. Aweks2 yang hari khamis lepas pun ada tersengeh2 dapat passport...... Yek terus balik Machang........

PASSPORT YEK YANG AKAN MENCIPTA SEJARAH PADA TAHUN 2009 :)

Wednesday, March 18, 2009

Taklimat Umrah Kembara Sufi 2009

Hari ini 18.03.2009 di PUPUK Machang, Ustaz Erwan Syah Bin Abdul Hameed dari Kajang datang ke Machang untuk memberi taklimat kepada peserta Umrah Kembara Sufi 2009. Umrah tersebut akan bermula pada 6 Jun 2009 hingga 20 Jun 2009. Nampak gaya kena apply cuti kali ini.

Kami di beri buku panduan umrah. Selepas ini beg dan kain ihram akan diberi gak. Mungkin penghujung bulan 4 ini. Esok nak pi buat passport antarabangsa. Perbelanjaan pada awalnya RM1000, tetapi terpaksa ditambah RM500 lagi. Nasib baik main kutu bleh tampung. Pasal makan minum di sana nanti tawakal jer la. Yang penting dapat pi.

Jadual penerbangan

-6.6.2009 - Bertolak dari KLIA mungkin akan pi umah kak pah 2 hari awal kat Shah Alam.
- Lebih kurang kul 1600 kami sampai ke Karachi (Pakistan) menunggu 2 jam.
- Hari yang sama kami akan sampai ke Jeddah. uduk banyak hari gak di Madinah.

- Di Madinah nanti kami akan di bawa ke Masjid Nabi, Makam Nabi, Makan Saidina Hamzah, melawat kebun kurma, minum air tebu yang paling manis. Yang penting kami mesti beribadat. Itu keutamaan program ini.

- Selepas beberapa hari di Madinah barulah kami akan berangkat ke Mekah untuk melaksananakan ibdat Umrah.

Doa-doakanlah kami........

Tuesday, March 17, 2009

Mata Belum Mengantuk

Petang semalam pergi ke Banun kerana hari ini ambik exam PTK. setakat ni baru dapat 3-3 jeeee. Tapi kali ini tukar strategi. Pengkhususan pilih tentang media / perisian komputer. tengok2 dalam ramai2 cikgu yang ambik PTK. sorang jer ambil pengkhusuan tersebut. aiseymen. Masa exam hampir tamat. Tengok2 yek sorang jer duk dalam line ke8. Tak bleh jadi ni... yek siapkan cpt2 jawapan tersebut yek pun angkat kaki bleh. Sempat tegur gb lama. dia jafi pengawas hari ni...... malu2 kucing plak..... habis exam yek terus balik Banun... ambil barang kat kuarters dan terus cabut balik kg entah kali ke berapa minggu ni.......
Gambar tak dapat dipaparkan. Tuan punya kamera dah ambik balik..........


Sunday, March 15, 2009

Hantar Budak Sakit........ Akhirnya......

Suatu hari yang dinamakan Khamis... Yek mendapat keuntungan suku tahun pertama dari koperasi sekolah.... banyak gak dapat.... petang tu PK1 suruh hantar budak bernama Yaasin sakit mulut ke hospital... yek pun prepare ler mana yang patut seperti dokumen murid tersebut. Yek mempelawa Ayer, Adik Mastur dan Laina untuk ikut sama. Cg Sani pun ikut serta. Budak2 ni darjah 1 dan 2. Ok Jom vroooommmmmmm....... Sampai hospital seperti biasanya ada yang termuntah dalam kereta.... geram betul, bukan yang sakit muntah.... yang sihat plak buat hal.... habis kereta evo ku.....
Sesudah mendapat rawatan, kami pergi Masjid untuk solat asar... muntah lagi....... Sesuadah asar yek meninggalkan Cg Sani di kedai kesukaannya dan Yek dengan budak2 apa lagi pi shopping la. Beli baju, beli tudung, beli anak tudung, beli goreng pisang, beli air rebina, beli air laici, beli sabun. Pastu lepak kat kedai mamak dengan kawan-kawan lama. Time order budak2 ni mintak susu ais, kopi o ais dan milo ais.. yek ambik pinggan pastu hidang goreng pisang jer.. Pastu yek sembang2 dengan Cg Amir dengan Yo....

Cukup time yek ambik Cg Sani dan terus balik..... Dalam perjalanan balik hampir dengan tugu peringatan kami ternampak gajah tepi jalan. Yek berhentikan kereta dan snap la gambar gajah muda yang malu-malu tur.... budak2 terlompong tengok sambil muntah...... geram lagi........







Kami meneruskan perjalanan hingga ke tugu peringatan. Kami bergambar di sana.......


Aktiviti Sebelum Murid Merangkak Bercuti

Seperti biasa menjelang cuti, pada hari Jumaat murid-murid akan berkumpul menunggu lori atau pun landrover untuk di bawa ke kampung atau jeti. malam sebelumnya yek bertungkus lumus dengan beberapa murid lelaki membasuh cadar asrama. Maklum ler kami ada 2 mesin basuh yang masih elok..... Yek cuba guna apa yang ada di sini......

Pagi jumaat.....

1. Yek megikut pakcik Sam (pegawai JHEOA) menghantar budak-budak ke Kg Semelor dan Kg Pulau Tujuh..... jeng jeng jeng......










Pemandangan Kg Pulau Tujuh selepas melepasi beberapa buah bukit. Keadaan yang mempersonakan. Masyaallah... subhanallah...







Pemandangan di Kampung Semelor. kampung yang cantik dan terjaga rapi. Malangnya anak desanya ramai yang tercicir persekolahannya.





Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammed Side A 1

Ragbi SMK Dato Seri Wan Mohammad SIde A 2

CIKGU KIMIN di Bungai ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO